Stones tiada dalam senarai Arteta

Arteta menafikan khabar angin bahawa Stones (kanan) dalam radar Arsenal untuk jendela perpindahan Januari ini.
Arteta menafikan khabar angin bahawa Stones (kanan) dalam radar Arsenal untuk jendela perpindahan Januari ini.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menafikan desas-desus beliau akan merekrut pemain Manchester City, John Stones pada jendela perpindahan pemain Januari ini dalam usaha memperkuatkan benteng pertahanan kelab London itu.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai niat merekrut bekas pemain Everton yang pernah bekerjasama dengannya itu sepanjang bersama The Citizens sebelum ini.

“Tidak, tidak benar sama sekali. Stones pemain yang saya suka dan ikuti perkembangannya. Saya pernah bekerja bersamanya selama bertahun-tahun dan cukup mengenalinya yang boleh saya katakan memiliki karakter yang baik.

“Ketika saya melihat ke bek tengah, dia punya banyak karakter yang saya suka dari seorang bek tengah. Tapi kami tidak tertarik untuk merekrutnya menyertai Arsenal,” tegas bekas pemain Arsenal itu.

Arsenal dikhabarkan terdesak untuk membeli bek baharu pada Januari ini selepas kecederaan menimpa Calum Chambers selain ketidaktentuan mengenai masa depan Shkodran Mustafi.

Stones dilihat pilihan terbaik dimiliki Arteta bagi memantapkan semula bahagian paling bermasalah The Gunners itu.

Artikel Berkaitan: