Texas laksana hukuman mati pertama tahun ini

John Gardner menerima suntikan maut di Penjara Huntsville, Texas semalam.
John Gardner menerima suntikan maut di Penjara Huntsville, Texas semalam.
A
A
A

AUSTIN - Seorang lelaki di Texas menjadi banduan pertama menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini selepas disabit bersalah membunuh isterinya 15 tahun lalu.

John Gardner, 64, dijatuhi hukuman mati pada 2006 kerana membunuh isteri kelimanya yang memfailkan perceraian.

Dua minggu sebelum perceraian itu dimuktamadkan, Gardner memecah masuk ke rumah baharu wanita terbabit sebelum menembak kepalanya.

Mangsa, Tammy Gardner meninggal dunia dua hari kemudian.

Menurut pihak pendakwa, Gardner mempunyai rekod keganasan terhadap isterinya. Dia turut menembak isteri keduanya yang sarat mengandung.

Gardner turut menculik isteri ketiganya dan membelasah anak mereka, kata pendakwa.

Peguam yang mewakili Gardner memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi AS pada September, memohon kes itu dibuka semula atas dasar beliau tidak membela anak guamnya dengan baik ketika perbicaraan.

Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan itu dan tiada lagi rayuan difailkan.

Artikel Berkaitan:

Tahun lalu seramai 22 orang dihukum mati di AS, termasuk sembilan banduan di Texas. – AFP