Di mana harga diri seorang lelaki?

No Image Caption
A
A
A

SEJAK awal tahun 2020, kita sering disajikan dengan pelbagai berita dan kisah membabitkan kecurangan lelaki yang bergelar suami terhadap isteri dan rumah tangga. Baik dalam kalangan VIP, selebriti sehinggalah orang kebanyakan.

Kisah curang ini sama sahaja cuma jalan cerita berbeza. Ada yang terpaut kasih kepada sahabat baik isteri, ada yang terpesona dengan tarikan khayalan, ada yang menggunakan agama sebagai alasan mendirikan masjid kedua dan banyak lagi alasan lain.

Alasan dicipta sebegitu mudah bagi menghalalkan matlamat. Di mana harga diri seorang lelaki?

Dalam satu ceramah oleh pendakwah terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Elias, beliau menasihatkan golongan suami untuk berlemah lembut dan menghargai pengorbanan isteri. Ustaz Kazim turut memberikan tip untuk mengambil hati sang isteri dan cara mengharmonikan rumah tangga.

Senada dengan Ustaz Kazim, penceramah bebas terkenal, Ebit Lew turut menitikberatkan tanggungjawab suami untuk menghormati isteri. Malah beliau turut merasionalisasikan mengapa seorang suami harus bersabar dan memaafkan isteri yang sedang marah ataupun kepenatan selepas menjalankan tugasan harian.

Sementara itu, menurut pakar perhubungan dan keintiman, Diyana Tahir, dugaan perkahwinan sememangnya luar biasa kerana pasangan yang berjiwa kental sahaja mampu menghadapi suka dan duka bersama serta masih mampu mencipta bahagia.

Katanya, kisah dugaan bukan hanya salah faham antara suami dan isteri, bahkan isu tidak serasi dengan mertua atau kehadiran orang ketiga dan pasangan terpaksa melalui perkara pelik yang dianggap mistik juga mendorong pada permasalahan.

Ayuh golongan lelaki, jadilah lelaki sejati dan budiman, kelak anda akan mendapat berkat dalam hidup di dunia dan akhirat.

Artikel Berkaitan: