Belum tiba masanya Greenwood sertai skuad senior England

Greenwood (kanan) menampilkan prestasi cemerlang pada saingan domestik musim ini apabila telah merekodkan 10 gol. Foto: AFP
Greenwood (kanan) menampilkan prestasi cemerlang pada saingan domestik musim ini apabila telah merekodkan 10 gol. Foto: AFP
A
A
A

Ole Gunnar Solskjaer optimis potensi diri Mason Greenwood mampu berkembang lebih baik jika penyerang muda Manchester United tidak diberikan sebarang tekanan.

Menurut pengendali The Red Devils itu, Greenwood perlu dielakkan daripada pendedahan publisiti berlebihan termasuk kisah mengenai peluangnya memperkuatkan skuad senior England.

“Saya percaya Greenwood mempunyai peluang berkembang menjadi pemain hebat pada masa depan. Sebaiknya biarkan dulu dia memantapkan kemahiran permainannya dulu sebelum kita berbincang lebih jauh mengenai skuad senior.

“Fokus Greenwood sekarang adalah mempunyai minit permainan lebih banyak bersama kelab bagi membantu perkembangannya, tambahan pula dia turut dipilih menganggotai skuad Bawah 21 tahun England,” kata Solskjaer.

Greenwood mula mempamerkan taring apabila membuat 27 penampilan dalam semua pertandingan dengan menjaringkan 10 gol musim ini.

Dalam pada itu, pihak pengurusan United membuat keputusan untuk membatalkan latihan pusat di Timur Tengah bulan depan susulan ketegangan konflik di rantau berkenaan.

Menurut Solskjaer, latihan pusat selama 16 hari yang sepatutnya dijadualkan di Qatar atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu berkemungkinan diadakan di benua Eropah.

“Situasi seperti ini sebenarnya menimbulkan kebimbangan mengenai aspek keselamatan kami. Kami tidak boleh mengambil sebarang risiko yang boleh mendapatkan banyak masalah. Jadi pilihan yang ada adalah Eropah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: