'Saya mohon bantuan susu, lampin pakai buang...'

Hasan terlibat dalam kemalangan pada Disember tahun lalu dan tidak sedarkan diri sehingga kini.
Hasan terlibat dalam kemalangan pada Disember tahun lalu dan tidak sedarkan diri sehingga kini.
A
A
A

KUALA KRAI - "Saya mohon bantuan susu dan lampin pakai buang untuk suami saya yang koma sejak Disember tahun lalu," rintih seorang isteri yang buntu memikirkan keadaan kewangan mereka.

Menurut Norhasnila Hanafiah, 37, dari Kampung Temalir, di sini, suaminya, Hasan Ishak, 36, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Disember lalu.

Katanya, sejak kejadian itu, suaminya tidak sedarkan diri dan sehingga kini masih berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Suami saya terlibat dalam kemalangan di Kuala Krai ketika dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru kerana bapa meninggal dunia.

"Sejak kejadian itu, suami tidak sedarkan diri dan kami berdepan masalah kewangan kerana hanya suami yang menyara kami sekeluarga.

"Kami mempunyai tiga anak dan dua daripadanya masih bersekolah. Saya juga buntu memikirkan perbelanjaan dan tidak mampu membeli keperluan suami seperti susu dan lampin pakai buang," katanya.

Pasangan ini mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Adam Faiz, 11, Nor Adawiyah, 8, dan Muhammad Amir Putra, 2.

Sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Norhasnila di talian, 011-37743343 atau menyalurkan ke akaun Maybank miliknya, 151258501642.

Artikel Berkaitan: