Dua pulau Indonesia 'hilang'

Pulau Betet yang kini tenggelam dan berada para paras satu dan tiga meter di bawah paras laut. - Foto Agensi
Pulau Betet yang kini tenggelam dan berada para paras satu dan tiga meter di bawah paras laut. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Dua pulau kecil di Sumatera Selatan telah hilang kesan daripada kenaikan paras air laut disebabkan fenomena perubahan iklim.

Perkara itu didedahkan Forum Indonesia untuk Alam Sekitar (Walhi) yang memberi amaran empat lagi pulau bakal menerima nasib sama.

Data Walhi menunjukkan Pulau Betet dan Pulau Gundul yang secara teknikalnya berada di bawah pentadbiran Kabupaten Banyuasin telah tenggelam dan kini berada pada satu meter dan tiga meter di bawah paras laut.

"Kedua-dua pulau berkenaan tidak berpenghuni. Salah satu daripadanya, Betet adalah sebahagian daripada Taman Negara Berbak-Sembilang," kata Pengarah Eksekutif Walhi di Sumatera Selatan, Hairul Sobri.

Menurutnya, empat pulau lain di kawasan itu juga akan tenggelam kurang daripada empat meter di bawah peras laut jika tiada langkah penting diambil untuk menangani masalah kenaikan paras laut.

Difahamkan, empat pulau tersebut adalah Pulau Burung yang kini berada pada paras laut, Pulau Kalong dan Salah Namo pula berada dua meter di atas paras laut manakala Pulau Kramat berada tiga meter di atas paras laut.

Menurut Walhi, terdapat 23 pulau kecil terletak di luar pantai timur Banyuasin di Sumatera Selatan.

Sebahagian daripada pulau itu juga dikatakan tidak berpenghuni manakala Pulau Salah Namo mempunyai penduduk.

Artikel Berkaitan:

Perubahan paras laut didorong oleh pemanasan bumi yang mengancam negara kepulauan seperti Indonesia di mana jutaan penduduk yang tinggal di kawasan dataran rendah meliputi kira-kira 17,000 pulau. - Agensi