Penubuhan Majlis Media Malaysia kerja sia-sia

Johan Jaafar
Johan Jaafar
A
A
A

SHAH ALAM - Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) ketika era internet yang dikuasai oleh media sosial hari ini adalah satu tindakan yang sia-sia.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, Malaysia seharusnya belajar dari pengalaman United Kingdom (UK) di mana pada tahun 1991, Majlis Akhbar UK telah tidak wujud lagi.

Menurutnya, majlis itu ditamatkan kerana Laporan Calcutt yang dikeluarkan kerajaan UK telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Aduan Akhbar bagi menggantikan Majlis Akhbar UK.

Katanya, sudah tiba masanya media di Malaysia membuktikan kawalan kendiri boleh dilakukan tanpa memerlukan rangka permit.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu jelas dan menjauhi media serta memastikan media bebas dari sebarang bentuk kawalan.

“Mereka (kerajaan PH) telah melihat bagaimana media tempatan dilayan secara tidak profesional dan tidak beretika untuk menyokong pentadbiran terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Johan lagi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dari masa ke masa telah mengulangi kedudukan kerajaan untuk menegakkan kebebasan akhbar.

“Beliau berkata parti politik seharusnya tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap badan-badan media bagi memastikan kebebasan akhbar.

Artikel Berkaitan:

“Beliau begitu naif jika percayakannya dengan apa yang telah berlaku kepada Media Prima dan pengambilalihan lesen surat khabar Utusan,” katanya.

Johan, yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan bekas Pengerusi Media Prima Berhad menyatakan menteri seharusnya membantu memansuhkan segala undang-undang kuno dan tidak lagi relevan yang menghalang kebebasan akhbar di negara ini.

“Penubuhan MMC yang dimulakan oleh kerajaan dan bukannya oleh industri sendiri adalah menentang ikrar PH untuk tidak menyekat kebebasan media,” katanya.