Sila log masuk terlebih dahulu.

Ribut petir, hujan lebat landa pantai timur Australia

Beberapa kawasan terbakar di Australia kini dilanda hujan lebat. - Foto Agensi
Beberapa kawasan terbakar di Australia kini dilanda hujan lebat. - Foto Agensi
A
A
A

MELBOURNE - Ribut petir dan hujan lebat di bahagian pantai timur Australia hari ini diharap dapat meredakan kebakaran dahsyat di negara tersebut.

Pihak berkuasa bagaimanapun memberi amaran cuaca buruk tersebut dikhuatiri membawa bencana baharu seperti banjir kilat atau panahan petir mencetuskan kebakaran baharu.

“Kami menjangkakan cuaca tidak menentu untuk tempoh empat atau lima hari akan datang. Bagaimanapun, tidak semua kawasan akan mengalami hujan lebat,” kata jurucakap Biro Meteorologi, Jake Philips.

Sejak September lalu, Australia berdepan kebakaran yang dahsyat dan telah meragut 29 nyawa dan satu bilion haiwan dilaporkan mati serta memusnahkan lebih 2,500 rumah dan kawasan belukar yang bersamaan saiz Bulgaria.

Ketika ini, masih terdapat 85 kebakaran di New South Wales dengan 30 daripadanya masih dikawal manakala 19 titik api masih marak di Victoria. - AFP

Artikel Berkaitan: