Influenza: Rakyat Selangor jangan panik, kata Exco

Dr Siti Mariah (tengah) pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
Dr Siti Mariah (tengah) pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat di Selangor tidak perlu panik atau hidup dalam ketakutan dengan laporan sejumlah 548 pesakit daripada 909,443 murid telah dijangkiti influenza.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana 548 kes yang dilaporkan itu merupakan Influenza Like Illness (ILI) dan bukannya influenza A seperti ditularkan dalam media sosial.

"Statistik Jabatan Pendidikan Negeri melaporkan kes disyaki influenza hanya mencatatkan 0.06 peratus iaitu membabitkan 548 kes berbanding 909,443 keseluruhan murid di Selangor.

"Bagaimanapun ia adalah Influenza ILI bukan influenza A. Itu masyarakat perlu faham. Jadi, nasihat saya jangan panik kerana Selangor tidak ada mencatatkan kematian akibat influenza A," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Dan Kawalan Jangkitan Virus Influenza A Peringkat Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2020 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Dr Siti Mariah (tengah) pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
Dr Siti Mariah (tengah) pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Dr Siti Mariah berkata, setakat epid ketiga tahun ini, sebanyak 237 kes disahkan positif penyakit berkenaan.

Bagaimanapun, katanya Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengenal pasti 46 kluster yang mempunyai penyakit seperti influenza.

Artikel Berkaitan:

“Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah 330 kes disyaki manakala 237 adalah positif influenza A selepas ujian darah dan makmal dilakukan.

"Peratusan ini adalah kurang dan tidak menular sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat," katanya.