Lelaki dipercayai miliki mercun ditahan

Kotak yang mengandungi mercun ditemui dalam rumah berkenaan.
Kotak yang mengandungi mercun ditemui dalam rumah berkenaan.
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki dipercayai memiliki sejumlah mercun dan bunga api dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Lukut Cina di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan hasil maklumat dan risikan dijalankan sejak beberapa hari lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki ini dipercayai adalah penjaga stor dan kesemua mercun yang ditemui ini adalah untuk dijual sempena perayaan Tahun Baru Cina.

“Semakan rekod jenayah lampau turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau iaitu di bawah Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata, ujian air kencing dijalankan bagaimanapun mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957(Akta 207) dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel Berkaitan: