Pelajar tahfiz makan telur kuah air terima bantuan

Pelajar tahfiz gembira menerima makanan yang disediakan olrj Hotel Royal Guest House untuk dinikmati secara beramai-ramai hari ini.
Pelajar tahfiz gembira menerima makanan yang disediakan olrj Hotel Royal Guest House untuk dinikmati secara beramai-ramai hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH- Kedaifan pelajar Madrasah Tahfiz Darul Uluum di Bukit Gedombak Pasir Puteh yang cuma makan nasi dengan lauk telur serta kuah air kosong akhirnya mendapat perhatian pelbagai pihak selepas kisah menyayat hati itu tular di media sosial.

Pelbagai bantuan mula diterima sejak semalam setelah kisah kedaifan hidup 80 pelajar tahfiz berkenaan tular rentetan pendedahan Sinar Harian, kelmarin.

Mudirnya, Zakir Zakaria bersyukur kerana ramai pihak sudah tampil untuk membantu madrasah berkenaan dengan menyalurkan bantuan termasuk barangan makanan.

“Tanpa bantuan media, orang luar tidak tahu kisah kami. Lagi pun pun saya tidak pernah menyuruh pelajar-pelajar di sini keluar meminta sumbangan.

“Saya juga tidak pernah memanggil media untuk membuat liputan tetapi dengan izin ALAH SWT seorang insan kebetulan datang dan ketika itu melihat kami makan nasi dengan serta air kosong,” katanya.

Terdahulu beliau menerima kunjungan daripada Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dan Pengarah Hotel Royal Guest House, Raja Rusmin Datuk Raja Mahmud yang turut menyumbangkan makanan hotel dan barangan dapur kepada tahfiz tersebut hasil sumbangan pelbagai pihak.

Pada masa sama, Zakir menjelaskan kisah yang dipaparkan Sinar Harian adalah cerita sebenar yang dialami mereka dan bukannya sebuah kisah rekaan yang dibuat semata-mata untuk menagih simpati orang ramai.

“Banyak pihak marah kepada kami berikutan penyebaran kisah kedaifan tahfiz ini, tetapi hakikatnya ini adalah perkara sebenar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum ini, saya hanya mampu menyediakan makanan dan kemudahan ala kadar sahaja, hasil bantuan orang perseorangan dan usaha saya sendiri. Syukur, sekarang sudah banyak bantuan yang kami terima,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar pondok makan nasi berlauk telur, kuah air kosong

Sementara itu, sempena program ziarah yang diadakan hari ini kesemua pelajar dan pengurusan tahfiz berkenaan terlebih dahulu disajikan dengan makanan yang disediakan oleh Hotel Royal Guest House.

Raja Rusmin berkata, beliau terpanggil memberi sumbangan selepas mengikuti kisah menyedihkan dihadapi pelajar tahfiz itu menerusi laporan media.

Dalam pada itu beliau berharap agar lebih ramai yang prihatin untuk membantu madrasah berkenaan terutama dari aspek suasana pembelajaran.