Bayi termakan dadah: Peniaga bebas tuduhan aniaya anak tiri

Muhammad Hafiz (kanan) dibebaskan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh daripada tuduhan melakukan penganiayaan menyebabkan bayi perempuan tirinya berusia 11 bulan termakan dadah dua tahun lalu.
Muhammad Hafiz (kanan) dibebaskan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh daripada tuduhan melakukan penganiayaan menyebabkan bayi perempuan tirinya berusia 11 bulan termakan dadah dua tahun lalu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini semalam melepaskan dan membebaskan seorang peniaga daripada tuduhan melakukan penganiayaan hingga menyebabkan bayi perempuan tirinya berusia 11 bulan termakan dadah dua tahun lalu.

Hakim Norma Ismail membebaskan Muhammad Hafiz Rasip, 31, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Justeru mahkamah melepas dan membebaskan Muhammad Hafiz serta mengarahkannya keluar dari kandang tertuduh.

Sementara itu, peguam, Mak Kah Keong yang mewakili Muhammad Rasip berkata, pihak pendakwaan gagal memanggil saksi penting untuk menceritakan segala yang berlaku pada hari kejadian.

Pada 30 Ogos 2018, Muhammad Hafiz dan isterinya, Nur Khalimah Fatihah Mohd Affandi, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, suami isteri berkenaan masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Semabok kira-kira jam 7.30 malam pada 11Julai 2018.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: