Penetapan tol WCE bukti PH mungkir janji: Najib

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SUNGAI BESAR - Warta Kerajaan Persekutuan berhubung penetapan kadar tol bagi Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) disifatkan bertentangan dengan janji Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu jelas membuktikan kerajaan PH tidak mengotakan janji kepada rakyat untuk menghapuskan tol di negara ini sekiranya mentadbir negara.

"Walaupun WCE ini memang satu usaha yang dilakukan oleh swasta tetapi komitmen mereka (PH) ialah negara tanpa tol.

"Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan ini satu contoh mereka telah memungkiri janji kepada rakyat," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Ceramah Muafakat Nasional di Markas Pas Simpang Lima di sini, malam tadi.

Terdahulu Najib memuat naik status di Facebook beliau berhubung warta Kerajaan Persekutuan berkenaan penetapan kadar tol bagi Lebuhraya WCE yang menyambungkan Banting, Selangor ke Taiping, Perak.

Menurut warta Kerajaan Persekutuan semalam, syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd dibenarkan mengutip tol selama 43 tahun sehingga 19 Disember 2063.

Warta itu dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.

WCE sepanjang 233 kilometer dengan kos keseluruhan RM5. 044 bilion mempunyai plaza tol di Hutan Melintang, Teluk Intan, Kg Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara, Changkat Chermin dan Beruas.

Artikel Berkaitan: