X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat belanja RM10 juta e-Tunai pada hari pertama, kata Guan Eng

Guan Eng (tengah) bersama wakil tiga syarikat pengendali pada sidang media selepas membuat lawatan ke Pasar Pagi SS2 Jalan SS2/60 di sini hari ini.
A
A

PETALING JAYA - Tiga pengendali e-dompet iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet menerima sebanyak 380,000 permohonan untuk insentif e-Tunai Rakyat dengan 320,000 daripadanya sudah diluluskan setakat jam 10 malam tadi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, susulan itu pengguna telah membelanjakan sebanyak RM10 juta pada hari pertama e-Tunai Rakyat dilancarkan melalui tiga platform e-wallet berkenaan.

Menurutnya, pihak Kementerian Kewangan juga akan membuat pertimbangan bagi menambah peruntukan menerusi program tersebut sekiranya masih terdapat permintaan daripada rakyat.

“Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan bagi menambah peruntukan program e-Tunai Rakyat daripada RM450 juta yang diumumkan dalam Bajet 2020 jika wujud permintaan,” katanya.

Guan Eng ketika membuat lawatan ke Pasar Pagi SS2 Jalan SS2/60 di sini hari ini.
Guan Eng ketika membuat lawatan ke Pasar Pagi SS2 Jalan SS2/60 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pasar Pagi SS2 Jalan SS2/60 di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Ketika ditanya mengenai risiko data pemohon e-Tunai Rakyat disalahguna Guan Eng berkata, Khazanah Nasional Berhad merupakan pelaksana program e-Tunai Rakyat dan perkara seumpama itu tidak berlaku.

"Peraturan kita amat ketat dan tegas terhadap perkara ini kerana kita ada personal data protection act, maklumat dan data pemohon hanya dikongsi oleh kerajaan dan tidak kepada syarikat luar," katanya.

Terdahulu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima RM30 melalui program e-Tunai Rakyat yang dilancarkan mulai semalam.

Program e-Tunai Rakyat adalah sebahagian daripada langkah Bajet 2020 diumumkan Kementerian Kewangan pada 11 Oktober lalu dan semua penerima boleh memilih salah satu daripada tiga pengendali e-dompet untuk menerima wang percuma RM30.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!