Jepun sahkan kes pertama koronavirus

Mangsa dikatakan melawat Wuhan, China bulan lalu, tempat penularan gejala pneumonia yang dipercayai disebabkan koronavirus baharu yang belum dikesan setakat ini.
Mangsa dikatakan melawat Wuhan, China bulan lalu, tempat penularan gejala pneumonia yang dipercayai disebabkan koronavirus baharu yang belum dikesan setakat ini.
A
A
A

TOKYO - Pihak berkuasa Jepun mengesahkan jangkitan virus baharu koronavirus dari China terdapat di negara itu selepas dikesan pada pesakit lelaki berusia 30-an dari Kanagawa.

Mangsa dikatakan melawat Wuhan, China bulan lalu, tempat penularan gejala pneumonia yang dipercayai disebabkan koronavirus baharu yang belum dikesan setakat ini.

Lelaki itu mengadu demam dan dirawat di hospital, namun dia dibenarkan keluar hospital semalam selepas gejala yang dialami pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengumumkan bahawa virus baharu itu boleh merebak dan mengingatkan hospital seluruh dunia untuk berjaga-jaga.

Koronavirus adalah sebahagian daripada keluarga virus yang boleh menyebabkan jangkitan daripada selesema biasa sehinggalah kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Sebahagian daripada virus berkenaan menyebabkan jangkitan tidak serius manakala ada juga yang boleh menyebabkan jangkitan teruk seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS). - Agensi

Artikel Berkaitan: