ABNA-SE gesa Mesir bebaskan empat wartawan Turki Anadolu

Turki Anadolu muat naik status di Twitter berhubung empat petugas mereka termasuk seorang rakyat Turki ditahan dan dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.
Turki Anadolu muat naik status di Twitter berhubung empat petugas mereka termasuk seorang rakyat Turki ditahan dan dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.
A
A
A

ANKARA - Persatuan Agensi-Agensi Berita Balkan-Eropah Tenggara (ABNA-SE) hari ini menggesa Mesir membebaskan empat petugas agensi berita Turki Anadolu yang ditahan dalam satu serbuan ke atas pejabat mereka di Kaherah.

“ABNA-SE meminta kesemua wartawan terbabit yang ditahan tanpa sebarang maklumat daripada pihak berkuasa Mesir, dibebaskan dengan segera,” menurut persatuan itu dalam satu kenyataan.

Anadolu melaporkan bahawa persatuan itu menegaskan bahawa serbuan tersebut adalah satu tindakan yang amat membimbangkan.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa serbuan tersebut adalah satu langkah terang-terangan yang secara langsung menjejaskan kebebasan akhbar dan komuniti kewartawanan.

“Kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang langkah yang secara langsung mengancam hak kami dalam mengamalkan kebebasan bersuara dan nilai-nilai demokratik kami,” katanya.

Polis Mesir menyerbu pejabat Agensi Anadolu di Kaherah kelmarin dan menahan empat petugas.

Petugas terbabit, termasuk seorang rakyat Turki dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Turki mengutuk langkah itu dan menggesa supaya mereka segera dibebaskan. - Bernama

Artikel Berkaitan: