Md Silmi dilantik CEO baharu Teraju

Md Silmi Abd Rahman
Md Silmi Abd Rahman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pakar pembangunan industri dan perdagangan dalam dan luar negara, Md Silmi Abd Rahman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 1 Disember 2019.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, Md Silmi mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang berkenaan.

“Beliau mempunyai rekod pencapaian cemerlang menerokai peluang baharu dalam industri berteknologi tinggi dan juga dalam pembangunan keusahawanan Bumiputera.

“Selain itu, Md Silmi juga antara pasukan perintis bagi penubuhan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia - Matrade (1993-2017) dan pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (1989 -1993) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (1983 -1989),” katanya hari ini.

Menurutnya, usaha berterusan yang akan dilaksanakan Teraju di bawah kepimpinan Md Silimi diyakini akan meningkatkan daya saing bumiputera sekali gus memantapkan lagi kedudukan Bumiputera dalam ekonomi negara.

“Selain dari sudut ekonomi, Teraju mempunyai peranan yang besar dalam menjamin kesejahteraan hidup serta mengangkat martabat bumiputera ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Artikel Berkaitan: