X

Kindly register in order to view this article
!

Rahsia bandar misil Iran didedah

Ratusan peluru berpandu Iran disimpan di bawah lima lapisan konkrit.
A
A

TEHERAN - Agensi berita Iran, Tansim mendedahkan beberapa gambar 'bandar misil' bawah tanah milik Republik Islam tersebut yang menempatkan ratusan misil dan roket sedia untuk dilancarkan yang disimpan di bawah lima lapisan konkrit.

Menurut laporan Radio Farda, Tansim turut melaporkan dua daripada 15 peluru berpandu yang ditembak ke pangkalan udara Ain al-Assad dan lapangan terbang Erbil di Iraq untuk menyasarkan pasukan keselamatan Amerika Syarikat minggu lalu jatuh ke wilayah Iran.

Sebelum ini, Komander Tentera Aeroangkasa Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh berkata, depot peluru berpandu negara itu berada di pelbagai bahagian dan disimpan di bunker tersembunyi kira-kira 500 meter di bawah tanah di kawasan pergunungan.

Bagaimanapun, sejak enam tahun lalu IRGC mendakwa ia telah membina tiga bandar peluru berpandu bawah tanah dan menunjukkan terowong yang penuh dengan roket serta peluru berpandu balistik jarak jauh. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus