Kampung Chennah bakal terima kemudahan bas sekolah

Siew Fook menyampaikan sumbangan persekolah kepada pelajar kurang berkemampuan sempena program tersebut di Kampung Chennah di sini hari ini.
Siew Fook menyampaikan sumbangan persekolah kepada pelajar kurang berkemampuan sempena program tersebut di Kampung Chennah di sini hari ini.
A
A
A

JELEBU - Sebuah bas sekolah akan disediakan sebagai kemudahan pengangkutan untuk pelajar di Kampung Chennah berulang-alik sejauh 28 kilometer dari rumah ke sekolah setiap hari.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah susulan cadangan dikemukakan Ketua Kampung Chennah, Rosmadi Aris.

Siew Fook hadir pada program Jom Poei Sekolah anjuran Pertubuhan Amanah Maju Anak Nogori (Aman) bagi menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar kurang berkemampuan, hari ini.

"Sumbangan ini diharap dapat memberi semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi meningkatkan taraf hidup.

"Kita juga memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pelajar ponteng sekolah" katanya.

Sementara itu, Presiden Aman Norazlinawaty Jaafar berkata, program tersebut akan dijadikan program tahunan pertubuhan berkenaan.

Menurutnya, seramai 100 keluarga daripada golongan asnaf, miskin dan orang Asli menerima sumbangan beg sekolah serta wang bernilai RM100.

Dalam majlis sama, Aman mengadakan pertandingan mewarna dan Laman Tercantik di Kampung Chennah selain zumba.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Azlina Zamly, Ketua Keadilan Cabang Jelebu, Yusmazmi Ahmad Yusuf dan

Ketua Biro Ekonomi Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Isfarliza Mohd Hashim.