Kabinet setuju perayaan budaya dirai bersama

P. Waytha Moorthy
P. Waytha Moorthy
A
A
A

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa perayaan berasaskan kebudayaan harus diraikan dan disertai setiap rakyat Malaysia sebagai tanda sebuah masyarakat yang bersatu padu, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), P. Waytha Moorthy.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas timbul kebimbangan mengenai penyertaan umat Islam dalam merayakan sambutan kebudayaan masyarakat terkenal bukan Islam.

"Rakyat Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya, maka atas landasan prinsip Rukun Negara dan semangat perpaduan sejati, kita semua harus meraikan perayaan ini tanpa ragu-ragu serta berprasangka buruk, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM tidak halang sambutan Ponggal di sekolah

Waytha Moorthy berkata beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan menganjurkan pertemuan dengan pelbagai badan agama Islam dan bukan Islam.

Ini untuk memberikan pemahaman yang lebih baik tentang perbezaan antara perayaan tradisional dengan perayaan agama supaya penjelasan berkenaan penglibatan rakyat pada masa hadapan dalam meraikan sebarang perayaan seumpamanya adalah lebih tepat, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: