Empat melecur kilang gentian kaca meletup

Antara bahagian yang terlibat dalam kejadian petang tadi.
Antara bahagian yang terlibat dalam kejadian petang tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Empat warga tempatan melecur dalam kejadian sebuah kilang gentian kaca meletup petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.16 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira jam 5.18 petang.

"Kejadian letupan berlaku dalam bangunan dan mengakibatkan kebakaran di tingkat satu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

"Empat mangsa warga tempatan berumur dalam lingkungan 40an terlibat dalam kemalangan ini. Seorang mangsa melecur 75 peratus manakala tiga lagi melecur 50 peratus. Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital.

"Mangsa telah dibawa menaiki ambulan yang berada di lokasi kejadian sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan: