Tentera Israel serang masjid, rumah penduduk di Beit Ummar

Tentera Israel mengasari seorang lelaki semasa serbuan di Tebing Barat. Foto- Agensi
Tentera Israel mengasari seorang lelaki semasa serbuan di Tebing Barat. Foto- Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Puluhan rakyat Palestin mengalami sesak nafas selepas tentera Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata menyasarkan masjid dan beberapa rumah penduduk di utara al-Khalil di Tebing Barat, semalam.

Insiden di pekan Beit Ummar itu berlaku ketika ramai mangsa sedang berehat di rumah masing-masing.

“Tentera Israel menyerbu kawasan al-Daher dan melepaskan tembakan gas pemedih mata secara rambang menyasarkan beberapa rumah penduduk Palestin.

“Kejadian itu menyebabkan puluhan mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak sesak nafas,” kata aktivis, Mohammed Awad.

Tambahnya, tidak lama selepas itu, tentera rejim turut melepaskan gas pemedih mata disusuli bom tangan di sebuah masjid di kawasan sama.

“Kejadian menyebabkan jemaah masjid bertempiaran lari. Ramai mengadu sesak nafas dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Rejim Zionis sering melancarkan operasi di beberapa kawasan di Tebing Barat sebagai sebahagian daripada taktik mengusir penduduk Palestin keluar dari wilayah itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: