X

Kindly register in order to view this article
!

Larangan merokok: RM103,600 kompaun dalam tempoh 14 hari

Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengeluarkan sebanyak 432 notis dengan nilai kompaun RM 103,600 dalam tempoh 14 hari sejak penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan dilaksanakan.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, notis mengikut Seksyen 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu dikeluarkan hasil pemeriksaan di 10,398 lokasi.

“Daripada jumlah notis berkenaan, 271 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 11(1)(d) iaitu kesalahan merokok di tempat makan.

“89 notis lagi adalah bagi kesalahan pelanggaran peraturan 12(1)(a) iaitu tanggungjawab tuan punya atau penghuni tempat makan mempamerkan tanda larangan merokok,” katanya pada sidang media di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 50 notis bagi kesalahan pelanggaran peraturan 12(1)(b) iaitu tanggungjawab pemilik atau penghuni premis memastikan bahawa tiada yang merokok dan sebanyak 22 notis adalah bagi kesalahan orang belum dewasa merokok.

Beliau berkata, berdasarkan perlanggaran terhadap peraturan yang dikesan sepanjang operasi penguatkuasaan dilakukan menunjukkan bahawa masih terdapat perokok dan pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Sebanyak 60 aduan diterima dalam tempoh 14 hari pertama di Negeri Sembilan daripada orang awam dan kesemuanya telah disiasat.

"Saya nasihatkan orang ramai agar memberi kerjasama kepada penguat kuasa Jabatan Kesihatan yang bertugas dengan tidak timbulkan sebarang provokasi atau kekerasan,"katanya.

Jelas Veerapan, sebarang tindakan kekerasan atau provokasi yang dilakukan terhadap pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan tugas membolehkan orang yang berkenaan disiasat mengikut seksyen 186 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghalang tugas penjawat awam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!