X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Nora Anne: Ahli Parlimen Perancis mohon buka semula siasatan

Nora Anne
A
A

SEREMBAN - Dua Ahli Parlimen Perancis memohon supaya siasatan ke atas kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin selepas hilang dari sebuah resort di sini Ogos tahun lepas, dibuka semula.

Ahli Majlis Perundangan Perancis berkenaan, Anne Genetet dan Alexandre Holroyd turut memohon pihak berkuasa Malaysia menyediakan alternatif lain dengan memberikan akses terhadap laporan polis mengenai siasatan yang telah dijalankan.

Menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan Lucie Blackman Trust, sebuah badan kebajikan British yang memberikan bantuan kepada warganya ketika menghadapi krisis di luar negara, mereka mahu pihak berkuasa Malaysia mengambil 'langkah-langkah yang perlu untuk menjelaskan situasi yang berlaku' mengenai kematian remaja istimewa berusia 15 tahun itu.

“Setiap usaha mesti dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk memberikan ketelusan sepenuhnya berhubung kematian Nora Quoirin,” kata mereka.

Nora Anne hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu dan mendaftar masuk di Dusun Pantai Hill Resort.

Mayatnya ditemukan pada 13 Ogos berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer (km) dari resort berkenaan oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Laporan awal bedah siasat menyatakan tiada unsur jenayah dalam kematian Nora Anne yang dilaporkan mengalami masalah pembelajaran.

Remaja itu meninggal dunia akibat kebocoran usus kerana tidak makan untuk tempoh panjang.

Pada 8 Januari lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, Pejabat Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes itu sebagai NFA (tiada tindakan lanjut). - Bernama