Penderitaan Puteri Balqis dapat perhatian Finas

No Image Caption
A
A
A

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac berkata, pihaknya akan memberikan bantuan sewajarnya kepada pelakon cilik, Puteri Balqis yang kini dilaporkan mengalami kesempitan hidup.

Menerusi Astro Awani, Hans sudah mengarahkan kakitangan Finas untuk mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan segala bantuan dapat disalurkan bagi meringankan beban pelakon tersebut.

"Selepas banyak orang 'tag' saya di media sosial, saya sudah meminta kakitangan Finas untuk memberikan perhatian kepada kes Puteri Balqis ini.

"Suka untuk saya maklumkan bahawa kami kini sedang berusaha untuk memberikan bantuan yang sewajarnya. (Sebagai sebuah agensi, kami memerlukan kelulusan dengan menyediakan dokumen berkaitan yang diperlukan sebelum memberikan bantuan kepada mana-mana individu)," tulisnya.

HANS ISACC - Foto Instagram Hans Isaac
HANS ISACC - Foto Instagram Hans Isaac

Hans berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Katanya, sebarang bentuk bantuan kewangan akan disalurkan terus kepada badan yang sepatutnya bagi tujuan pendidikan dan bayaran perubatan.

Dalam pada itu Hans berkata, beliau juga sudah berbincang dengan pengurusan media tempatan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Balqis.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, kisah penderitaan pelakon cilik tersebut menjadi tular selepas kisah penderitaan kehidupannya disiarkan sebuah program televisyen tempatan.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin ke-18 itu dikatakan terpaksa mengikat perut dan menjual buku di jalanan bagi meneruskan hidup.

Ekoran pendedahan itu, pelbagai respons yang diterima termasuklah ada pihak yang membuat pelbagai spekulasi yang mengecam peranan ibu bapanya.