'Mereka pegawai JKNS bukan penjenayah'

JKNS memaklumkan penyebaran berita mengenai dua pegawainya terlibat dengan pelakuan jenayah adalah tidak benar dan palsu.
JKNS memaklumkan penyebaran berita mengenai dua pegawainya terlibat dengan pelakuan jenayah adalah tidak benar dan palsu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar dua pegawainya yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab terlibat dalam perlakuan jenayah.

Menerusi kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi agensi itu, JKNS memaklumkan kedua-dua lelaki tersebut merupakan pegawai jabatan berkenaan.

“Berita palsu tular di media massa dan aplikasi WhatsApp mengenai penglibatan dua anggota berkenaan dalam perlakuan jenayah.

“Perkara yang ditularkan adalah tidak benar. Pihak jabatan menegaskan bahawa kedua-dua anggota ini adalah pegawai JKNS yang sedang menjalankan aktiviti Active Case Detection (ACD) bagi kawalan malaria.

“Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Mohon hentikan tular mesej yang tidak sah ini,” tulis kenyataan itu.

Terdahulu, tular di laman sosial dua wajah pembantu kesihatan awam (PKA) yang didakwa menipu dan menyasarkan rumah tertentu dalam melakukan pemeriksaan kesihatan di sekitar perumahan di sini.

Mesej tular itu turut mengandungi dakwaan anggota berkenaan adalah penipu dengan hanya menyasarkan rumah bangsa-bangsa tertentu membuatkan imej anggotanya tercalar.

Dalam mesej bergambar yang tersebar itu memaparkan kedua-dua pegawai berkenaan dirakam masih tersenyum ketika memberi pendidikan kesihatan kepada individu tersebut walaupun tindakan provokasi dilakukan terhadap mereka.

Artikel Berkaitan: