Zahasmi teraju KUFC

Zahasmi Ismail
Zahasmi Ismail
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan United Football Club (KUFC) memberikan sepenuh kepercayaan kepada Zahasmi Ismail untuk pembentukan skuad terbaik bagi menyertai saingan Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, beliau cukup yakin Zahasmi dan anak buahnya dapat bersaing rapat serta cuba menggapai sasaran ke Liga Super pada musim seterusnya.

“Penglibatan semua pihak menjadi asas kepada pembentukan KUFC.

“Justeru itu, kekalkan semangat asal itu kerana ia akan menyatukan pasukan ini sehingga ke akhirnya,” katanya pada perasmian penutup Kursus Transformasi Minda di Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.

Menurutnya, sasaran pihak kelab dan semua penyokong pasukan ini akan tercapai jika pihak pengurusan, barisan pegawai dan jurulatih serta semua pemain bekerjasama cukup erat.

“Kita adalah pejuang sejati The Real Warriors kita perlu buktikan keupayaan dalam setiap perlawanan selepas ini, insya-ALLAH, KUFC akan menjadi pencabar hebat dalam Liga Premier,” katanya.

Artikel Berkaitan: