[VIDEO] Ayie Floor88 rebah ketika konsert kini stabil

Ayie
Ayie
A
A
A

PENYANYI utama kumpulan Floor88, Ayie yang dilaporkan rebah ketika mengadakan persembahan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan malam tadi berada dalam keadaan stabil.

Menerusi Astro Awani, pengurus jadual dan persembahan band berkenaan, Luqman Hakim, tiada sebarang perkara yang membimbangkan terjadi pada artis berkenaan susulan insiden itu.

Kata Luqman, sebaik rebah dan pengsan, Ayie diberi bantuan dan ditenangkan oleh anggota Floor88 yang lain serta penganjur persembahan.

"Alhamdulillah, keadaan Ayie semakin baik. Tiada apa-apa yang membimbangkan mengenai Ayie. Dia rebah dan pengsan kerana keletihan.

"Jadual Floor88 amat padat sejak beberapa bulan lalu menyebabkan kesemua anggota termasuk Ayie tidak cukup rehat," kata Luqman.

Paparan Instagram Kumpulan Floor88 mencuri perhatian peminatnya setelah rakaman memaparkan Ayie rebah ketika bernyanyi di sebuah konsert di Kuala Pilah malam tadi.
Paparan Instagram Kumpulan Floor88 mencuri perhatian peminatnya setelah rakaman memaparkan Ayie rebah ketika bernyanyi di sebuah konsert di Kuala Pilah malam tadi.

Luqman turut memaklumkan, Ayie tidak menghidap sebarang penyakit dan insiden dia rebah berpunca daripada keletihan.

Sehubungan itu, pengurusan Floor88 juga, kata Luqman, sudah menyusun semula jadual kumpulan berkenaan bagi memberi ruang kepada mereka untuk berehat.

Artikel Berkaitan:

Laporan mengenai Ayie yang bernaung di bawah label Rusa Music rebah dimuat naik dalam laman Instagram band itu pada malam tadi.

Ayie dilaporkan rebah ketika sedang menyanyikan lagu kedua di Konsert Gempak Negerifm.

Sehubungan itu, persembahan band berkenaan terpaksa dihentikan serta-merta.

Floor88 mula masyhur sekitar tiga tahun lalu menerusi lagu Zalikha yang melonjakkan nama mereka dalam industri muzik tanah air.

Band itu dianggotai Ayie Elham, Achoi, Falique, Eric Fuzi, Akram dan Amir.