Pengeluaran getah asli meningkat

Perangkaan Getah Bulanan November 2019.
Perangkaan Getah Bulanan November 2019.
A
A
A

PUTRAJAYA – Pengeluaran getah asli Malaysia pada November 2019 meningkat 9.3 peratus kepada 53,019 tan metrik berbanding 48,528 tan metrik pada Oktober tahun sama.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, perbandingan antara tahun ke tahun pada November 2019 menunjukkan pengeluaran getah asli turut menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus.

Sementara itu katanya, eksport getah asli Malaysia berjumlah 47,888 tan metrik, menurun 6.2 peratus berbanding 50,600 tan metrik pada Oktober 2019.

"Negara China masih mengekalkan kedudukan sebagai destinasi utama eskport getah asli dengan sumbangan 46.7 peratus daripada keseluruhan eksport getah asli negara.

“Harga purata bagi lateks pekat pada Oktober 2019 ialah 440.55 sen sekilogram berbanding 425.61 sen sekilogram pada bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) meningkat kepada 566.12 sen sekilogram berbanding dengan 536.50 sen sekilogram pada Oktober 2019.

Katanya, pembuatan sarung tangan getah kekal mendominasi industri pembuatan getah asli dengan penggunaan sebanyak 30,425 tan metrik atau 74.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik (40,631 tan metrik) pada November 2019.

Artikel Berkaitan: