ERL teruskan perkongsian digital mudahkan pelancong, beri perkhidmatan selesa


NOORMAH
NOORMAH
A
A
A
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) meneruskan perkongsian digital bersama pengedar global terkemuka dunia untuk pemindahan lapangan terbang dan bas antara bandar, Distribution Technologies GmbH (Distribution), bagi menghubungkan pelancong dengan pengendali lapangan terbang dan pengendali bas di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, perkongsian ini menunjukkan pengembangan ERL dalam platform jualannya.

Menurutnya, dengan kerjasama ini, tiket KLIA Ekspres akan tersedia melalui rakan kongsi rangkaian antarabangsa Distribution yang terdiri daripada lebih 30 rakan runcit, 8000 agensi pelancongan di seluruh Eropah dan 20 syarikat penerbangan di lebih daripada 40 negara.

"Ini akan membantu menjadikan KLIA Ekspres lebih mudah dilihat dan tersedia untuk pelancong di seluruh dunia. Kami teruja berkongsi dengan Distribution iaitu sebuah syarikat B2B yang menghubungkan peruncit dengan ejen perjalanan dan ejen laman web di seluruh Eropah, Asia dan Amerika.

"Melalui perkongsian ini, kami dapat memperluas pangkalan pelanggan kami di seluruh dunia dan membantu pelancong dengan menyediakan perjalanan yang selesa dan selamat di KLIA Ekspres," katanya dalam satu kenyataan media.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, Pengasas dan CBO, Johannes Thunert berkata, permintaan tinggi rangkaian runcit antarabangsa untuk pengangkutan lapangan terbang yang cepat dan mudah menyebabkan syarikat itu bekerjasama dengan KLIA Ekspres.

Tiket KLIA Ekspres kini boleh didapati di platform itu bermula kini.