LBS terima pengiktirafan MBOR bagi pembangunan BSP21

BSP21 menawarkan lebih daripada 100 kemudahan yang diilhamkan oleh gaya hidup di kawasan seluas lapan hektar.
BSP21 menawarkan lebih daripada 100 kemudahan yang diilhamkan oleh gaya hidup di kawasan seluas lapan hektar.
A
A
A

KUALA LANGAT - LBS Bina Group Sdn Bhd (LBS) menempa sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) bagi pembangunan Bandar Saujana Putra 21 (BSP21) semalam.

BSP21 dilengkapi dengan 103 fasiliti termoden, canggih dan selesa direkodkan sebagai kediaman pangsapuri yang mempunyai bilangan fasiliti terbanyak di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, pencapaian bersejarah itu turut disertai dengan kejayaan projek blok pembangunan terakhir BSP21 yang siap lebih awal daripada jangkaan.

“BSP21 merupakan pembangunan pangsapuri perkhidmatan yang terdiri daripada 2,602 unit merangkumi 10 blok pangsapuri 18 tingkat dan 27 tingkat.

BSP21 menyediakan fasiliti kolam renang dan kelab rekreasi yang merentangi empat aras.
BSP21 menyediakan fasiliti kolam renang dan kelab rekreasi yang merentangi empat aras.

“Pembangunan ini mempunyai tiga podium yang dihubungkan dengan jambatan langit dan turut menawarkan pemandangan hijau di sekitarnya,” katanya selepas Majlis Penyampaian sijil Anugerah MBOR di BSP21 di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengasas dan Penasihat MBOR, Tan Sri Danny Ooi dan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong.

Hock San berkata, BSP21 menawarkan lebih 100 kemudahan yang diilhamkan oleh gaya hidup kini di kawasan seluas lapan hektar sekali gus sebagai kediaman yang memenuhi ciri-ciri kediaman sejahtera.

Artikel Berkaitan:

“Fasiliti kemudahan direka bentuk dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelbagai generasi penduduk dan sesuai bagi semua lapisan umur.

“BSP21 menyediakan fasiliti kolam renang sebesar 19 gelanggang badminton dan kelab rekreasi seluas lebih 6,131 meter persegi yang merentangi empat aras,” katanya.

Amirudin (kiri) mencuba permainan golf di fasiliti yang disediakan di kediaman pangsapuri di BSP21.
Amirudin (kiri) mencuba permainan golf di fasiliti yang disediakan di kediaman pangsapuri di BSP21.

Katanya, antara lain yang disediakan termasuk taman tema mengandungi tiga podium.

“Antaranya trek joging, trek berbasikal sejauh 2.3 kilometer serta ruang hijau seperti Tree House Pavilion untuk penduduk dan keluarga bersantai.

“Bagi menggalakkan persekitaran yang kondusif, BSP21 dilengkapi dengan sistem keselamatan tiga peringkat lif dengan pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) manakala untuk meningkatkan keyakinan dan keselamatan penduduk, tempat letak kereta dilengkapi butang panik,” katanya.