Budak 5 tahun ditemukan dirantai pada katil

Kaki kanan mangsa diikat pada besi katil.
Kaki kanan mangsa diikat pada besi katil.
A
A
A

MEXICO CITY - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemukan dirantai pada besi katil dalam sebuah rumah di El Refugio dekat bandar Ciudad Fernandez, Mexico Jumaat lalu.

Kanak-kanak itu ditemui selepas salah seorang jirannya terdengar jeritan mangsa.

Pihak berkuasa memberitahu, sebuah tab mandi berada di sebelah mangsa dipercayai digunakan sebagai tandas manakala sampah sarap dan baju bersepah di seluruh lantai.

"Kaki kanannya cedera akibat dirantai namun mangsa dilaporkan tenang ketika pasukan penyelamat menemui dan menyelamatkannya," katanya.

Mangsa kini berada dalam jagaan Pembangunan Integral Keluarga di San Luis Potosi yang turut melancarkan siasatan untuk mengenal pasti siapa yang merantai kanak-kanak malang itu.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum dapat memastikan sama ada rumah yang menempatkan mangsa itu milik ibu bapanya dan tiada sebarang tangkapan dibuat. - Agensi

Artikel Berkaitan: