'Jika ternampak kakak ini tolong bantu'

Paparan Nurul Fatihah Ismail di Facebook menarik perhatian netizen sebelum tular di laman sosial.
Paparan Nurul Fatihah Ismail di Facebook menarik perhatian netizen sebelum tular di laman sosial.
A
A
A

BATU PAHAT - "Jika ternampak kakak ini tolong bantu. Dia perlukan duit untuk rawatan dan makan," tulis seorang pelayar Facebook, Nurul Fatihah Ismail yang turut memuat naik gambar seorang wanita.

Perkongsian mengenai pertemuan dengan wanita berkenaan tular di laman sosial hingga mencuri perhatian netizen.

Nurul Fatihah berkata, pertemuan itu berlaku di sebuah bank di Jalan Rahmat di sini.

"Tadi malam pergi Maybank Jalan Rahmat. Masa naik tangga tu saya tengok kakak ini tertunduk pegang tangan dia dengan cawan plastik kosong sebelah dia. Mungkin minta derma.

"Saya perhatikan tangan dia, kulit dia macam kesan terbakar. Tak pasti la kenapa. Kulit dia tu macam tak betul-betul baik lagi sebab nampak macam luka basah. Ya ALLAH kesiannya," tulisnya.

Ketika menghulurkan derma, Nurul Fatihah sempat berbual dengan wanita tersebut.

"Saya macam spontan je duduk sebelah dia nak berbual dengan dia. Tak dapat berbual lama dengan kakak ni sampai nama pun saya lupa nak tanya.

"Yang saya tahu dia sewa bilik kawasan situ sehari RM30. Duduk sorang dengan kucing. Siang dia tak keluar sebab risau orang takut dengan dia. Jadi dia keluar malam je sama ada duduk di sini atau bank berdekatan untuk minta derma," katanya.

Artikel Berkaitan:

Simpati nasib wanita itu, dia meminta orang ramai yang bertemu dengan wanita itu supaya menghulurkan bantuan bagi membiayai rawatan perubatan serta makanannya.

"Dia perlukan duit untuk rawatan dan makan. Kesian kakak ni. Semoga kakak kuat ya kak... minta maaf tak dapat berbual lama. Insya-ALLAH ada rezeki kita jumpa lagi," ujarnya.

Rata-rata netizen yang membaca statusnya turut berkongsi kisah pernah bertemu wanita itu di sebuah bank di sini.

"Pernah bertemu kakak ni, kalau ada duit lebih, dia akan beri burung-burung makan di situ," kata Aemija.