Kerajaan digesa pertimbang mansuh hukuman mati

Christina Tang (berdiri kiri) dan Robert bersama-sama waris dan wakil mangsa pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Christina Tang (berdiri kiri) dan Robert bersama-sama waris dan wakil mangsa pada sidang media di Putrajaya hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Bagi Pemansuhan Hukuman Mati menggesa kerajaan mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati.

Jurucakapnya, Christina Tang berkata, sekiranya pembunuh mempunyai keberanian untuk melakukan perbuatan itu, mereka harus berani berdepan dengan hukuman mati.

"Inilah undang-undang kita," katanya pada sidang media selepas perjumpaan keluarga bersama jawatankuasa itu di Putrajaya di sini hari ini.

Menurutnya, keputusan Kabinet untuk menghapuskan hukuman mati dan cadangan menghapuskan hukuman mati mandatori adalah cubaan untuk melindungi penjenayah.

"Kebanyakan hakim akan memilih untuk tidak menggantung pembunuh apabila diberi budi bicara dan memutuskan hukuman lebih ringan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya membuat pindaan terhadap hukuman paling berat itu dan meminggirkan keluarga mangsa.

"Sehingga kini, mangsa tidak pernah diberikan platform dan sokongan daripada kerajaan untuk menegakkan keadilan.

"Keluarga mangsa sedih dan merasa dikhianati melihat kerajaan berjuang hanya demi kepentingan penjenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jawatankuasa khas terdiri daripada enam individu dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum itu bermesyuarat selama lebih dua jam.

Keluarga yang hadir mewakili jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya; Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morais; anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim; Stephen Wong Jing Kui; Chee Gaik Yap; mangsa rogol dan bunuh Rambo Bentong iaitu Annie Kok Yin Cheng serta Nurul Hanim Idris dan adiknya, Mohammad Hafiz Idris yang dibunuh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai di Yan, Kedah, Januari 2019.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang berkata, beliau kesal dengan tindakan kerajaan yang dilihat bersikap sambil lewa dalam menjaga keselamatan negara.

"Jangan sesekali cuba menjadikan negara ini sebagai syurga untuk penjenayah," katanya.

Menurutnya, langkah terkebelakang kerajaan itu seolah-olah mengalu-alukan kesalahan jenayah yang lebih teruk.

“Kenapa perlu lakukannya? Kerajaan sepatutnya mengambil langkah ke depan.

"Kita pun sudah berumur, kita mahu Malaysia sebagai tempat yang selamat,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, pindaan terhadap undang-undang bagi memansuhkan hukuman mati mandatori bukan bermakna hukuman itu tidak boleh dijatuhkan terhadap pesalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mansuh hukuman mati mandatori, hakim punya budi bicara lebih luas

Undang-undang mansuh hukuman mati mandatori akan dibentang Mac 2020