231 individu ditahan dalam Ops 'Ice Breaker'

Mohd Khalil
Mohd Khalil
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 231 individu ditahan dalam Operasi 'Ice Breaker' Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Selangor, pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, operasi itu tertumpu di kawasan yang menjadi sarang penagihan dadah.

“Daripada 231 individu ditahan itu, 46 daripadanya adalah pembekal, 78 orang pula positif dadah dan 61 orang ditahan kerana memiliki dadah.

“Selain itu, 19 orang ditahan kerana memiliki air ketum, 13 daripadanya mempunyai waran tangkap berkaitan dadah dan 14 lagi ditahan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah dalam operasi berkenaan.

“Kita telah merampas 2.27 kilogram syabu, ketamin (32.9 gram), heroin (227.81 gram), ganja (8.63 gram), pil ekstasi (5.74 gram), pil erimin 5 (27.34 gram) dan air ketum (1,401 liter).

“Keseluruhan dadah dan air ketum dirampas itu dianggarkan bernilai RM120,650, manakala pelbagai barangan berjumlah RM106,400 disita,” katanya.

Artikel Berkaitan: