X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lelaki samun kedai emas diburu

A Asmadi (tengah) ditemui di lokasi kejadian selepas menerima laporan kejadian samun kedai emas di Menglembu hari ini.
A
A

IPOH - Polis mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit menyamun sebuah kedai emas di Jalan Pike, Menglembu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh berjaya melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM10,000.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kedua-dua suspek melarikan barang kemas tersebut dalam tempoh dua minit.

A Asmadi (kiri) bersama pegawainya menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Menglembu hari ini.
A Asmadi (kiri) bersama pegawainya menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Menglembu hari ini.

"Ketika kejadian, premis berkenaan dijaga oleh empat sekeluarga sebelum didatangi dua lelaki memakai baju biru gelap bersenjatakan tukul atau besi.

"Kedua-dua suspek yang memakai topi keledar berwarna biru dan putih bertindak memecahkan cermin pameran dan menghulurkan tangan untuk mengambil barang kemas tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu berjaya dirakam oleh dua kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

Sebuah kedai emas di Menglembu disamun dua lelaki hingga menyebabkan kerugian RM10,000.
Sebuah kedai emas di Menglembu disamun dua lelaki hingga menyebabkan kerugian RM10,000.

"Kita akan menganalisa rakaman ini serta CCTV berhampiran bagi mengenalpasti suspek.

"Melihat rakaman itu, kita percaya kedua-dua suspek menaiki sebuah motosikal. Kita akan kenal pasti model dan nombor pendaftaran," katanya.

A Asmadi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 010-8280025, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.