Mercedes terbakar di Bukit Bintang

Anggota bomba dan penyelamat sedang memadam kebakaran.
Anggota bomba dan penyelamat sedang memadam kebakaran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Bintang tadi.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azam Alip berkata, sepasukan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 1.40 petang.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian kita dapati kereta jenis Mercedes-Benz sedang marak terbakar namun api dapat dikawal jam 2.01 petang.

"Kemusnahan kebakaran dianggarkan 90 peratus dan tidak melibatkan mangsa. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: