X

Kindly register in order to view this article
!

Ratu Elizabeth restui hasrat Harry, Meghan

Harry dan keluarganya akan memulakan tempoh peralihan yang bakal menyaksikan mereka membahagikan masa antara Britain dan Kanada. - Foto AFP
A
A

SANDRINGHAM - Permaisuri Britain, Ratu Elizabeth II memperkenan hasrat cucunya, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle untuk melepaskan keistimewaan keluarga diraja Britain.

Keputusan Ratu Elizabeth II dibuat selepas keluarga diraja itu mengadakan perbincangan secara bersemuka berhubung krisis tersebut semalam bagi menyelesaikan perselisihan yang semakin meningkat.

Perbincangan dihadiri Harry dan abangnya, Putera William serta bapa mereka Putera Charles di kediaman peribadi diraja di Sandringham, timur England.

Meghan dilaporkan menyertai perbualan itu melalui panggilan telefon dari Kanada selepas meninggalkan Britain minggu lalu.

Pengunduran pasangan Duke dan Duchess of Sussex dibuat setahun selepas tersebarnya spekulasi tentang hubungan Harry dan William serta laporan mengenai Meghan yang didakwa terasing dalam keluarga diraja tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketiadaan gambar Putera Harry, cetus tanda tanya netizen

Putera Harry ‘tarik diri’ menjadi keluarga Diraja

Meghan terbang ke Kanada tanpa Putera Harry

Menurut ratu dalam satu kenyataan, keputusan akhir mengenai masa depan Harry dan Meghan akan ditentukan beberapa hari lagi.

"Beta dan keluarga menyokong sepenuhnya keinginan Harry dan Meghan untuk memulakan kehidupan sebagai sebuah keluarga baharu.

"Meskipun kami mahu mereka kekal sebagai anggota keluarga diraja, kami hormati dan akur dengan keinginan mereka yang mahu lebih berdikari dalam mencorak kehidupan sendiri," titahnya.

Harry dan Meghan kini akan memulakan tempoh peralihan yang bakal menyaksikan mereka membahagikan masa antara Britain dan Kanada. - Agensi