Gadis cari bapa kandung untuk wali nikah

Ahmad Ghazali Ghani
Ahmad Ghazali Ghani
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang bakal pengantin sedang mencari bapa kandungnya dikenali sebagai Ahmad Ghazali Ghani untuk menjadi wali dalam pernikahannya.

Siti Emylia Asnida Ahmad Ghazali, 23, dari Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu berkata, dia tidak pernah berjumpa bapa kandungnya itu selepas ibu bapanya berpisah lebih dua tahun lalu.

“Sejak itu kami terputus hubungan. Sekarang saya tidak tahu di mana ayah, nombor telefonnya juga tidak ada dan kami sudah buntu untuk mencari dia,” katanya.

Gadis tersebut berharap dapat segera menemui bapanya itu yang berusia 47 tahun supaya lelaki berkenaan dapat menjadi wali dalam pernikahannya dengan Qammarul Anief Rosnan, 22, pada 14 Mac depan.

Sehubungan itu, dia berharap Ahmad Ghazali yang berasal dari Kuala Berang atau mana-mana individu mengenali bapanya dapat menghubunginya di talian 018-2974852.

Artikel Berkaitan: