'Tidak teragak-agak ambil tindakan disiplin'

AMK Wilayah Persekutuan menegaskan pihak itu tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin terhadap pimpinan parti yang didapati bersalah ekoran penahanan beberapa individu berkaitan kes penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium dekat Puchong Ahad lalu
AMK Wilayah Persekutuan menegaskan pihak itu tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin terhadap pimpinan parti yang didapati bersalah ekoran penahanan beberapa individu berkaitan kes penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium dekat Puchong Ahad lalu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan menegaskan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pimpinan parti yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Mengulas penahanan beberapa individu berkaitan kes penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium dekat Puchong Ahad lalu, Ketua Penerangan AMK Wilayah Persekutuan, Ahmad Ridhuan Alauddin mengesahkan kes itu turut melibatkan pemimpin cabang berkenaan.

“Kami menolak sebarang gejala penyalahgunaan dadah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin tanpa berkompromi jika pimpinan terlibat didapati bersalah.

“Sebarang tindakan akan di ambil mengikut Kod Tata Etika Anggota berdasarkan Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Peraturan Tetap Angkatan Muda Keadilan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhuan berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menyokong penuh tindakan yang bakal diambil.

Beliau turut berharap proses undang-undang berjalan lancar tanpa sebarang campur tangan pihak luar.

“Saya juga berharap semua pihak dapat menghormati prinsip bahawa seseorang tidak bersalah selagi belum disabitkan kesalahan sementara dalam proses siasatan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 individu positif dadah dalam serbuan di Puchong

ADUN Dengkil nafi ditahan polis

Muhyiddin sahkan ADUN Dengkil ditahan polis

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular di media sosial seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor antara 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan sebuah premis di Jalan Puchong di sini semalam.

Pemeriksaan mendapati terdapat penganjuran 'private party' di premis berkenaan yang turut melibatkan perjudian dan penggunaan dadah.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menerusi sidang akhbar semalam enggan mendedahkan identiti semua individu yang ditahan kerana siasatan masih dilakukan.