X

Kindly register in order to view this article
!

Kren runtuh: Waris jemaah haji terima sumbangan Raja Salman

Dr Mujahid (lima dari kanan), Mahmoud Hussien (empat dari kanan) dan Fuziah (lima dari kiri) bergambar bersama mangsa dan waris kemalangan kren di Mekah pada Majlis Penyerahan Sumbangan yang diadakan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hari ini. FOTO: ZAHID IZZANI
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai tujuh waris jemaah yang terkorban dalam insiden runtuhan kren pada musim haji 2015 yang lalu menerima SR1 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tiga daripada 11 jemaah yang tercedera dalam insiden tersebut turut menerima SR500,000.

"Kesemua sumbangan tersebut telah selesai pada November lalu dan dikreditkan ke dalam Amanah Raya Berhad untuk diagihkan secara telus," katanya.

Beliau berkata, sumbangan tersebut merupakan sumbangan daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kepada waris dan jemaah insiden.

"Ini adalah daripada Raja Salman sendiri yang menzahirkan rasa tanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

"Ia bukan daripada kerajaan Arab Saudi sebab itulah ada jemaah cedera yang tidak dapat sumbangan tersebut," katanya.

Sehubungan itu Mujahid berterima kasih kepada Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi yang perihatin.

"Seperti disebut dalam ucapan saya, kerajaan Arab Saudi sangat prihatin dalam isu ini dan pihak kami berusaha untuk memastikan ia selesai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis jamuan makan tengah hari waris dan mangsa di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh dan Duta Arab Saudi, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Pada September 2015 apabila seramai 108 mangsa terbunuh dan 238 cedera apabila kren yang digunakan untuk menaik taraf Masjidil Haram itu tumbang.

Rentetan tragedi malang itu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud dilaporkan bersetuju membayar pampasan kepada semua mangsa yang terbabit dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram.

Memetik laporan Saudi Press Agency, nilai pampasan dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah meninggal dunia, jemaah cedera yang hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan biasa.

Bagi jemaah meninggal dunia dan jemaah yang hilang keupayaan kekal, mereka akan dibayar SR1 juta (RM1.08 juta) sementara kecederaan biasa pula akan diberi pampasan SR500,000 (RM542,298).

Bagaimanapun, pada Oktober 2017, mahkamah Makkah memutuskan semua mangsa kren tidak akan mendapat sebarang diyyah dan merumuskan kejadian itu berlaku disebabkan faktor alami serta bukan kecuaian manusia.

Mahkamah juga membebaskan semua 13 pekerja Binaldin Group yang bertanggungjawab terhadap kren gergasi di Tanah Suci itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf