Bekalan vaksin influenza di Selangor cukup: MB

Amirudin (tengah ) ditemui ketika Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Gombak di Bandar Baru Selayang hari ini.
Amirudin (tengah ) ditemui ketika Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Gombak di Bandar Baru Selayang hari ini.
A
A
A

SELAYANG - Beberapa klinik swasta kehabisan stok vaksin influenza berikutan permintaan tinggi terhadap bekalan ubat akibat situasi panik dialami orang ramai berhubung penyakit tersebut, ketika ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun bekalan vaksin influenza khususnya bagi negeri tersebut dijamin mencukupi dan kembali seperti sedia kala pada minggu depan.

"Situasi panik dalam kalangan rakyat menyebabkan bekalan vaksin di klinik swasta kehabisan stok.

"Tapi saya diberi jaminan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bahawa bekalan itu mencukupi cuma ada permintaan tinggi. Ia dijangka kembali normal antara satu hingga dua minggu lagi," katanya mengulas perkembangan bekalan vaksin di Selangor.

Beliau ditemui ketika Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Gombak di Bandar Baru Selayang hari ini.

Turut hadir Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengarah PPAS, Mastura Muhamad.

Katanya, Kerajaan Negeri Selangor prihatin berhubung perkembangan kes influenza di negara ini dan akan mengambil langkah sewajarnya jika keadaan tidak terkawal.

"Ada hikmah di sebalik isu influenza A ini. Ia menunjukkan kepentingan langkah pencegahan melalui pengambilan vaksin.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan negeri akan pantau perkembangan dari semasa ke semasa dan kalau ada perkembangan kurang baik atau parah, kita akan ambil tindakan yang seterusnya mengikut prosedur operasi standard ditetapkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan antivirus influenza cukup sehingga tiga bulan

Semalam, Dr Dzulkefly memaklumkan kerajaan meluluskan bekalan alternatif sebanyak sejuta tablet vaksin Influenza A kepada klinik swasta.