Program Food Bank dikukuhkan dengan kerjasama Nestle

Saifuddin Nasution (kanan) dan Syed Anwar (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen pada majlis menandatangani MoU di KPDNHEP hari ini.
Saifuddin Nasution (kanan) dan Syed Anwar (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen pada majlis menandatangani MoU di KPDNHEP hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Yayasan Food Bank Malaysia dan Nestle (Malaysia) Berhad hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membekalkan makanan kepada lebih 50,000 keluarga B40 setiap tahun.

Majlis menandatangani MoU antara kedua-dua pihak itu disaksikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Nestle (Malaysia) Berhad, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail.

Kerjasama berkenaan membolehkan lebihan produk Nestle yang selamat serta boleh dimakan dikumpulkan dan disalurkan kepada program itu untuk diagihkan kepada isi rumah yang kurang berkemampuan.

Saifuddin Nasution dalam ucapannya berkata, program yang dilancarkan sejak Disember 2018 itu telah berjaya menyelamatkan 1.984 metrik tan makanan.

"Daripada jumlah itu seramai 476,250 ahli isi rumah seluruh negara memperoleh manfaat menerusi program itu dilaksanakan pada Ogos 2018 sehingga November 2019. Bagi Food Bank Siswa pula, sebanyak 21 universiti dan memberi manfaat kepada 12,251 pelajar.

"Melihat kepada perkembangan positif itu, pihak KPDNHEP menyasarkan program ini diperkenalkan di 123 institut pengajian tinggi swasta, politik, institut pendidikan guru dan sebagainya bagi membantu mengurangkan beban pelajar kurang berkemampuan," katanya.

Menurutnya, syarikat swasta lain disaran mengikut langkah Nestle untuk menyumbang kepada program yang bermanfaat itu.

"Kedudukan Nestle sebagai pengeluar makanan dan minuman yang terkemuka di Malaysia menjadikan usaha ini kerjasama yang idea," katanya.

Artikel Berkaitan: