X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Mahathir kaji tambah baik sistem pendidikan negara

Dr Mahathir ketika sidang media semasa hadir pada Forum Integriti Bank Rakyat 2020 hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan dalam rangka untuk memperbaiki sistem pendidikan negara selaras dengan kritikan yang diterima masyarakat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terdapat banyak perkara yang perlu dikaji semula dalam Kementerian Pendidikan (KPM).

“Kita dapati banyak perkara yang perlu kita kaji semula sama ada baik atau tidak. Kita dapati orang ramai buat teguran dan kita akan ambil kira teguran mereka sama ada perlu buat perubahan atau tidak.

"Selain daripada itu tujuan kita ialah untuk menjadikan anak-anak kita supaya bila mereka membesar boleh hidup sempurna, boleh cari makan, boleh bekerja boleh menjadi orang yang produktif dan bukan orang yang hanya menanti-nanti untuk mendapat bantuan sahaja," katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020 di sini hari ini.

Dr Maszlee Malik melepaskan jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 2 Januari lepas atas saranan dan nasihat Dr Mahathir.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak sedih, marah' - Dr Maszlee

PM pangku jawatan Menteri Pendidikan

Pangku Menteri Pendidikan sementara sahaja, kata Tun M

Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata, beliau telah berbincang dengan beberapa pegawai kementerian itu dan sudah mempunyai beberapa ‘idea’ tentang apa yang harus dilakukan.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya baru jadi pemangku beberapa hari sahaja. Saya dalam proses mendapat taklimat berkenaan tentang peranan Menteri Pendidikan dan saya juga berbincang dengan beberapa pegawai.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya baru jadi pemangku beberapa hari sahaja. Saya dalam proses mendapat taklimat berkenaan tentang peranan Menteri Pendidikan dan saya juga berbincang dengan beberapa pegawai.

"Saya sekarang ini sudah dapat beberapa idea berkenaan apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus