X

Kindly register in order to view this article
!

Maut langgar belakang lori terbakar

Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di KM3 Jalan Salong-Pekan kelmarin. GAMBAR IHSAN BOMBA
A
A

PEKAN - Seorang pekerja kilang maut dalam perjalanan ke tempat kerja selepas motosikal yang ditunggang melanggar belakang sebuah lori yang terbakar di KM3, Jalan Salong-Pekan di sini malam semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa, Yusof Abdul Samat, 24, dari Felda Chini 3, Pekan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlalu ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Chini 3 ke tempat kerjanya di sebuah kilang kertas di Lepar.

Lori yang ditinggalkan pemandu dalam keadaan terbakar yang dilanggar mangsa di KM3, Jalan Salong-Pekan kelmarin.
Lori yang ditinggalkan pemandu dalam keadaan terbakar yang dilanggar mangsa di KM3, Jalan Salong-Pekan kelmarin.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengelak sebuah lori yang ditinggalkan dalam keadaan sedang terbakar.

"Mangsa yang menunggang motosikal terlanggar belakang lori berkenaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Mohd Razli berkata, lori milik sebuah syarikat beralamat di Kawasan Industri Batu Kapur Keramat Pulai, Perak musnah terbakar namun puncanya tidak dapat dipastikan.

"Ketika kejadian pemandunya tiada di lokasi," katanya.