Cuti kuarantin influenza A: Saya perlu fikir dulu, kata Tun M

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respon ringkas berhubung cadangan untuk memasukkan influenza A ke dalam senarai jenis penyakit berjangkit dan diberikan kemudahan cuti kuarantin.

"Saya perlu fikir dulu," katanya pada sidang media selepas melancarkan Forum Integriti Bank Rakyat 2020 di sini hari ini.

Sebelum ini cadangan itu dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) melalui Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock dalam satu kenyataan.

Ia berdasarkan situasi terkini penularan influenza A dalam negara yang dilihat membimbangkan justeru cuti kuarantin perlu diberikan khususnya kepada guru dan pelajar yang dijangkiti virus terbabit.

Cadangan itu dikemukakan merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 mengenai kemudahan cuti kuarantin, enam penyakit berjangkit sedia ada ialah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD); demam denggi dan demam denggi berdarah; campak; cacar air; difteria dan malaria

Kes virus influenza dilaporkan meningkat dan dikesan berlaku di beberapa negeri seperti Pahang,Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Turut dilaporkan berlaku kes kematian yang dipercayai akibat jangkitan virus sama.

Kerajaan telah meluluskan bekalan alternatif sebanyak satu juta tablet vaksin influenza A kepada klinik swasta.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah tablet vaksin itu boleh memberi manfaat kepada 100,000 pesakit.

ARTIKEL BERKAITAN NUTP mohon kerajaan senarai influenza A dalam cuti kuarantin