Pelajar meninggal dunia selepas merentas desa

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia selepas menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pelajar Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) Sungai Besar itu dilaporkan pengsan dalam kawasan sekolah berkenaan kira-kira jam 4.15 petang.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar tetapi disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.

"Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya.

Tular paparan mesej (screenshot) aplikasi WhatsApp berhubung kematian seorang pelajar tingkatan 4 SAMTAJ Sungai Besar, semalam.
Tular paparan mesej (screenshot) aplikasi WhatsApp berhubung kematian seorang pelajar tingkatan 4 SAMTAJ Sungai Besar, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sebelum ini tular di aplikasi WhatsApp berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Empat SAMTAJ Sungai Besar meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sungai Besar selepas menjalani latihan merentas desa.

Artikel Berkaitan: