Tun M akan masuk pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat

Dr Mahathir melihat replika model Depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) (DMIA) Serendah ketika melakukan lawatan di Depot DMIA Serendah hari ini. -Foto Bernama
Dr Mahathir melihat replika model Depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) (DMIA) Serendah ketika melakukan lawatan di Depot DMIA Serendah hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

HULU SELANGOR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, antara keutamaan sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Secepat mungkin,” katanya secara berseloroh apabila ditanya bila beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan.

“Terdapat banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi saya perlu tahu kenapa masalah-masalah itu dibangkitkan dan mencari penyelesaian,” jelasnya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat depoh Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA), di Serendah, di sini.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan dipecahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mahathir berkata: “Itu akan menjadi perkara yang akan saya pertimbangkan mengikut saranan anda (wartawan).”

Berhubung isu influenza, Dr Mahathir berkata, Kementerian Kesihatan sedang menilai sama ada penyakit itu telah merebak dengan meluas atau masih berada di peringkat awal.

Rabu lepas, Kementerian Kesihatan dilaporkan sedang menilai situasi terkini jangkitan itu di semua institusi pendidikan selepas pelajar didapati positif influenza A.

Artikel Berkaitan:

Seramai 103 murid di 52 buah sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang dilaporkan dijangkiti influenza sehingga semalam dan dua kelas Tahun 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth di Pulau Pinang masih ditutup sejak Rabu lepas.

Hari ini, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (Semesti) di Perak ditutup selepas 10 pelajarnya positif influenza A. - Bernama