Semesti ditutup, 8 pelajar positif Influenza A

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ditutup selepas lapan pelajarnya positif Influenza A.
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ditutup selepas lapan pelajarnya positif Influenza A.
A
A
A

IPOH - Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (Semesti) menjadi sekolah pertama di Perak ditutup berikutan lapan pelajar sekolah itu disahkan positif Influenza A pada Sabtu lalu.

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Suhaimi Mohamed Ali berkata, penutupan itu diambil selaras dengan pematuhan yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, tindakan penutupan itu dilaksanakan bagi membendung wabak berkenaan dari terus merebak ke atas 550 pelajar di sekolah tersebut.

“Pihak sekolah akan melakukan kerja-kerja pembersihan terutama di kawasan asrama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan beberapa murid menghidapi influenza tetapi dapat dikawal.

Sementara itu, mengenai vaksin influenza, Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan berkata, bekalan di Perak masih mencukupi.

Katanya, kes influenza yang berlaku di Perak tidak tinggi seperti negeri lain dan terkawal.

Artikel Berkaitan: