Putera Harry, William nafi hubungan berantakan

UK dikejutkan dengan keputusan Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle yang mahu melepaskan keistimewaan mereka sebagai keluarga diraja Britain pada minggu lalu. - Foto Agensi
UK dikejutkan dengan keputusan Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle yang mahu melepaskan keistimewaan mereka sebagai keluarga diraja Britain pada minggu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Putera Harry dan abangnya, Putera William hari ini menafikan berita palsu dipaparkan akhbar Britain yang melaporkan tentang spekulasi hubungan adik-beradik terbabit.

Menurut laporan akhbar The Times, William kini percaya beliau dan adiknya, Harry adalah entiti berasingan selepas kematian ibu mereka, Puteri Diana dalam kemalangan tragik pada Ogos 1997.

Kenyataan bagi pihak Duke of Sussex dan Duke of Cambridge itu menyifatkan laporan The Times yang mendakwa keputusan dibuat Harry bersama isterinya, Meghan Markle untuk melepaskan keistimewaan keluarga diraja mereka kerana sikap ‘pembuli’ William sebagai tuduhan palsu yang menyinggung perasaan.

Kedua-dua putera terbabit dijadualkan menghadap Permaisuri Britain, Ratu Elizabeth II dan bapa mereka, Putera Charles untuk membincangkan masa depan Harry dan Meghan di estet Sandringham di timur England.

Pertemuan itu turut disertai kerabat diraja United Kingdom (UK) yang lain untuk mencari jalan penyelesaian terhadap krisis tersebut susulan pengumuman mengejutkan pasangan terbabit pada minggu lalu.

Meghan yang merupakan bekas aktres Amerika Syarikat itu juga dijangka menyertai mesyuarat itu menerusi panggilan sidang dari Kanada.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Harry ‘tarik diri’ menjadi keluarga Diraja

Artikel Berkaitan: